PROJEK-PROJEK :
1. Malaysian Book of Records
Projek ini bertujuan untuk mempromosikan Universiti Malaya kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pembentukan logo yang terbesar di Malaysia dengan menggunakan penutup botol.Disamping projek ini adalah menyahut seruan Naib Canselor Universiti Malaya dalam menjayakan kempen alam sekitar iaitu “Environment UM Care”.
2. Pameran Buku dan ICT
Bertujuan untuk memupuk budaya membaca di kalangan warga Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah khususnya warga Universiti Malaya. Pameran ICT pula menggalakkan mahasiswa-mahasiswi mengikut perkembangan teknologi terkini. Di samping itu, Pameran ICT membolehkan mahasiswa-mahasiswi membeli barang-barang kelengkapan teknologi dengan harga yang berpatutan.
3. Malam Kebudayaan Tiong Hua
Malam ini bertujuan memperkenalkan budaya masyarakat Tiong Hua di mana pelbagai persembahan akan dipersembahkan oleh mahasiswa-mahasiswi Tiong Hua. Dan seterusnya mengembangkan seni kebudayaan Tiong Hua ke setiap sudut universiti. Antara persembahan tersebut ialah Yoyo Cina, Gendang 24 Musim dan Tarian Cina.
4. Malam Warisan Melayu
Malam Warisan Melayu memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi untuk mempersembahkan keunikan kebudayaan Melayu yang penuh dengan tradisi zaman-berazaman. Seperti kata pepatah “ Budaya Melambangkan Bangsa”. Jadi, malam itu mahasiswa-mahasiswi dapat mengenali lebih dekat lagi budaya Melayu.
5. Aktiviti Memanah
Projek ini merupakan ilham Tuan Pengetua Prof. Dr. Mohd. Sahar Bin Yahya untuk mendedahkan sukan ini kepada warga Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah.
6. Japanese Day
Program ini membolehkan para mahasiswa-mahasiswi dapat lebih mengenali tentang budaya Jepun dengan lebih mendalam.
DAN BANYAK LAGI....
No comments:
Post a Comment